Bank Negara Malaysia atau singkatannya ialah BNM merupakan bank pusat Malaysia. Ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) terletak di Kuala Lumpur. Ditubuhkan pada tahun 1959 sebagai Central Bank of Malaya atau Bank Negara Tanah Melayu untuk mengeluarkan mata wang, sebagai jurubank dan penasihat untuk kerajaan dan mengawal kedudukan kredit negara.
Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... Gabenor Bank Negara Malaysia (Gabenor BNM) ialah Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai 5 cawangan mengikut zon di negara ini. Berikut ialah senarai cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) di negara ini...
- Johor Bahru (Selatan Pantai Barat Semenanjung Malaysia) .
- Pulau Pinang ( Utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia) .
- Kuala Terengganu (Pantai Timur Semenanjung Malaysia) .
- Kuching (Sarawak).
- Kota Kinabalu (Sabah & Labuan).
Tiada cawangan untuk kawasan Tengah Pantai Barat Semenanjung Malaysia / Lembah Klang kerana pentadbiran mata wang di kawasan ini ditadbir terus oleh ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) di Kuala Lumpur.
Bank Negara Malaysia (BNM) juga mempunyai pejabat perwakilan di luar negara iaitu di Bandaraya New York, London & Beijing.
Setelah lebih 60 tahun negara ini mencapai kemerdekaaan pada ketika blogpost ini sedang ditaip... ditambah pula faktor ekonomi yang banyak perubahan dan peningkatan serta kemerdekaan mula dicapai... pada pandangan pengarang blog ini... Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai potensi mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan mewujudkan cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) di setiap ibu negeri agar dapat memudahkan serta memastikan kelancaran pantau selia mata wang di setiap negeri dapat dilaksanakan.
Jika perkara ini boleh dijadikan sesuatu yang nyata... pengarang blog ini berpendapat... Batu Pahat boleh diwujudkan sebuah cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memantau selia mata wang ringgit di kawasan utara dan barat negeri Johor.
Pada pandangan pengarang blog ini... negeri Johor berpotensi untuk mempunyai lebih daripada satu cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) memandangkan negeri Johor merupakan gergasi ekonomi kedua Malaysia selepas negeri Selangor.
Apa pun... pengarang blog ini berharap perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.
#MetropolisBP #BP #BatuPahat #Penggaram #BJ #BentaraJohor #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI
#MetropolisBP #BP #BatuPahat #Penggaram #BJ #BentaraJohor #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI
