Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Thursday, October 9, 2025

Herald Place Batu Pahat

 




πŸ‡ΈπŸ‡¬ Singapura dengan vibe Marina Bay Sands… πŸ‡²πŸ‡Ύ Kuala Lumpur dengan vibe TRX Exchange… πŸ™️Johor Bahru dengan vibe Coronation Square (sedang dalam pembinaan)… πŸ€” mungkinkah πŸ‘ Batu Pahat dengan vibe Herald Place?” 


____________________________________


πŸ‡ΈπŸ‡¬ Singapore with the Marina Bay Sands vibe… πŸ‡²πŸ‡Ύ Kuala Lumpur with the TRX Exchange vibe… πŸ™️Johor Bahru with the Coronation Square vibe (under construction)… πŸ€” maybe πŸ‘ Batu Pahat with the Herald Place vibe?” 


#HeraldPlaceBatuPahat

#BatuPahatModern

#JohorOnTheRise

#UrbanVibesMalaysia

#FutureCityBP


Blogspot

~ https://metropolisbp.blogspot.com/?m=0


Facebook

~ https://www.facebook.com/metropolisbp/


Thursday, October 1, 2020

Sesuaikah Bank Negara Malaysia (BNM) Membuka Pejabat Di Batu Pahat?...




Bank Negara Malaysia atau singkatannya ialah BNM merupakan bank pusat Malaysia. Ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) terletak di Kuala Lumpur. Ditubuhkan pada tahun 1959 sebagai Central Bank of Malaya atau Bank Negara Tanah Melayu untuk mengeluarkan mata wang, sebagai jurubank dan penasihat untuk kerajaan dan mengawal kedudukan kredit negara.

Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... Gabenor Bank Negara Malaysia (Gabenor BNM) ialah Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai 5 cawangan mengikut zon di negara ini. Berikut ialah senarai cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) di negara ini...

- Johor Bahru (Selatan Pantai Barat Semenanjung Malaysia) .
- Pulau Pinang ( Utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia) .
- Kuala Terengganu (Pantai Timur Semenanjung Malaysia) .
- Kuching (Sarawak).
- Kota Kinabalu (Sabah & Labuan).

Tiada cawangan untuk kawasan Tengah Pantai Barat Semenanjung Malaysia / Lembah Klang kerana pentadbiran mata wang di kawasan ini ditadbir terus oleh ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) di Kuala Lumpur.

Bank Negara Malaysia (BNM) juga mempunyai pejabat perwakilan di luar negara iaitu di Bandaraya New York, London & Beijing.

Setelah lebih 60 tahun negara ini mencapai kemerdekaaan pada ketika blogpost ini sedang ditaip... ditambah pula faktor ekonomi yang banyak perubahan dan peningkatan serta kemerdekaan mula dicapai... pada pandangan pengarang blog ini... Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai potensi mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan mewujudkan cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) di setiap ibu negeri agar dapat memudahkan serta memastikan kelancaran pantau selia mata wang di setiap negeri dapat dilaksanakan.

Jika perkara ini boleh dijadikan sesuatu yang nyata... pengarang blog ini berpendapat... Batu Pahat boleh diwujudkan sebuah cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memantau selia mata wang ringgit di kawasan utara dan barat negeri Johor.

Pada pandangan pengarang blog ini... negeri Johor berpotensi untuk mempunyai lebih daripada satu cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) memandangkan negeri Johor merupakan gergasi ekonomi kedua Malaysia selepas negeri Selangor.

Apa pun... pengarang blog ini berharap perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#MetropolisBP #BP #BatuPahat #Penggaram #BJ #BentaraJohor #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Tuesday, September 29, 2020

Perkhidmatan Bas Rapid BP... Sesuaikah Sekarang?...




Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... perkhidmatan bas Rapid hanya terdapat di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sahaja. Perkhidmatan bas ini dikenali sebagai "Rapid KL" dan "Rapid Penang".

Istimewanya perkhidmatan bas ini ialah kerana perkhidmatan bas ini mesra OKU kerana memudahkan mereka yang berkerusi roda untuk menaik bas ini. Selain itu... para penumpang juga boleh membayar secara nirtunai (cashless) dengan menggunakan kad Touch&Go dan Touch&Go eWallet.

Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... terdapat khabar angin bahawa kerajaan mahu membawa perkhidmatan bas ini ke Johor Bahru yang akan dikenali sebagai "Rapid JB" tetapi tiada pula khabar angin untuk membawa perkhidmatan bas ini ke Batu Pahat yang boleh dikenali sebagai "Rapid BP".

Jika ditanya pada pengarang blog ini... apakah sesuai untuk perkhidmatan bas ini wujud di daerah Batu Pahat sekarang?... ia bergantung kepada laluan bas tersebut. Pada pandangan pengarang blog ini.. laluan Ayer Hitam - Parit Raja - Sri Gading - bandar Batu Pahat (Penggaram) boleh dikatakan laluan yang sesuai atas faktor populasi dan ekonomi manakala laluan lain sepertinya kelihatan agak lemah untuk diwujudkan laluan bas "Rapid" ini kerana seperti contoh laluan bas Benut - Rengit - Senggarang - bandar Batu Pahat (Penggaram) yang dikendalikan oleh perkhidmatan bas "Coastal" sepertinya tidak begitu menguntungkan kerana sangat jarang perkhidmatan bas ini akan penuh sepenuhnya dinaiki penumpang.

Apa pun... pengarang blog ini berharap perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#MetropolisBP #BP #BatuPahat #Penggaram #BJ #BentaraJohor #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Projek BRT Batu Pahat... Sesuaikah Projek Ini Dimulakan Sekarang?...




Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... kawasan Iskandar Malaysia sedang rancak dalam perancangan untuk mewujudkan jajaran BRT di kawasan kosmopolitan tersebut.

Akan tetapi... bukanlah pengarang blog ini tidak bersetuju dengan rancangan tersebut... rancangan tersebut sebenarnya bagus cumanya pada pandangan pengarang blog ini... kawasan Iskandar Malaysia sepatutnya sudah mempunyai sistem rangkaian LRT sendiri selain BRT manakala daerah Batu Pahat pula sudah boleh mempunyai sistem rangkaian BRT.

Berbalik semula kepada tajuk blogpost ini... adakah sesuai untuk projek BRT ini dimulakan sekarang... jika dilihat dari segi populasi daerah... pengarang blog berpandangan... kenapa tidak? tetapi dilihat pula dari segi keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ketika blogpost ini sedang ditaip... agak berat untuk pengarang blog menyuarakan pendapat.

Apa pun... pengarang blog ini berharap agar suatu hari nanti... perkara ini boleh menjadi nyata pada masa akan datang.

#MetropolisBP #BP #BatuPahat #Penggaram #BJ #BentaraJohor #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Stesen HSR Batu Pahat... Apa Kesannya Kepada Batu Pahat & Warganya?...




Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... ada khabar angin menyatakan bahawa pihak kerajaan Malaysia dan Singapura ingin kembali membuka pintu rundingan untuk menyambung kembali projek keretapi berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur - Singapura melalui beberapa stesennya.

Antara stesen hentian HSR tersebut ialah stesen Batu Pahat yang berkemungkinan terletak di kawasan Sri Gading.

Kewujudan HSR di beberapa buah negara seperti Jepun, Korea Selatan, China dan Perancis telah membuktikan bahawa kewujudan HSR sememangnya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi impak ekonomi kepada negara kerana boleh menghubungkan penduduk di kawasan bandar besar dan bandar kecil dari segi ekonomi dan sosial.

Terdapat beberapa buah negara yang berminat untuk membina jajaran HSR ini seperti India dan Indonesia di negara mereka. Oleh sebab itu... Malaysia juga tidak harus ketinggalan dalam arus kemajuan ekonomi ini.

Jika projek HSR ini boleh memberi impak kemajuan ekonomi kepada negara... bayangkan pula apa kesannya kepada sebuah daerah dan warga Batu Pahat amnya.

Salah satu kesan ekonomi yang boleh melanda daerah Batu Pahat apabila projek HSR dan stesen hentian di Sri Gading siap dibina dan mula beroperasi... akan ada pertumbuhan populasi yang secara mendadak akibat daripada ramainya penghijrahan warga luar daerah ke daerah ini untuk menetap di daerah ini tetapi bekerja di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Singapura memandangkan kos kehidupan di daerah ini masih jauh lebih rendah berbanding di Kuala Lumpur dan Singapura.

Oleh kerana itu jualah... tidak mustahil proses urbanisasi daerah Batu Pahat boleh dipercepatkan ke arah penarafan bandaraya dan bahkan jua tidak mustahil boleh mencapai penarafan metropolitan yang mempunyai populasi seramai 1 juta orang.

Apa pun... pengarang blog ini berharap perkara ini menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#MetropolisBP #BP #BatuPahat #Penggaram #BJ #BentaraJohor #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Pelabuhan Minyak Beku...




Di dalam daerah Batu Pahat... terdapat sebuah pelabuhan kecil "barter-trade" yang terletak di kawasan Minyak Beku.

Pelabuhan ini tidak segah pelabuhan-pelabuhan lain di Malaysia seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Lumut, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Kuching & Pelabuhan Kota Kinabalu.

Namun... pelabuhan kecil ini boleh dianggap penting kerana menjadi antara satu sebab memacu ekonomi domestik di kawasan daerah Batu Pahat dan kawasan utara negeri Johor amnya.

Harapan pengarang blog ini agar pelabuhan ini boleh diperbesarkan dan dilengkapi dengan ciri-ciri moden seperti mana pelabuhan-pelabuhan lain di Malaysia agar ekonomi di kawasan utara Johor dapat diperkembangkan lagi.

Moga suatu hari nanti di masa akan datang... perkara ini boleh menjadi nyata.

#MetropolisBP #BP #BatuPahat #Penggaram #BJ #BentaraJohor #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Saturday, July 4, 2015

Pasar Awam Batu Pahat dibangun semula.

Sumber daripada ~ http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/pasar-awam-batu-pahat-dibangun-semula-1.109097

BATU PAHAT 30 Jun - Pasar awam Batu Pahat yang terletak di Jalan Pasar, di sini bakal dibangunkan semula melibatkan kos kira-kira RM6 juta seperti yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan kerjanya pada 2011.
Pembangunan semula pasar tersebut yang sepatutnya dimulakan beberapa tahun lalu itu tertangguh disebabkan beberapa perkara termasuk halangan daripada sebahagian pemborong yang tidak mahu berpindah ke lokasi baharu yang siap dibina pada Mei 2012.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Mahadon Marnin berkata, kerja-kerja pembinaan pasar awam baharu di lokasi sama yang lebih moden dan selesa kepada peniaga dan orang ramai dijangka bermula pada Ogos ini.
“Kerja-kerja pembinaan yang dianggarkan memakan masa selama 18 bulan itu akhirnya dapat dimulakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 12 Mei lalu memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan perintah Mahkamah Tinggi Muar.
“Mahkamah Tinggi Muar pada 6 Ogos 2013 telah menangguhkan arahan perpindahan melalui injuksi exparte yang dimohon oleh sebahagian pemborong sayur yang tidak bersetuju,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MPBP, di sini semalam.
Pasar awam sedia ada yang berusia lebih 50 tahun itu mengalami pelbagai masalah termasuk kebocoran pada bumbung dan paip air, parit tersumbat sehingga menimbulkan bau busuk, menyebabkan kesesakan lalu lintas dan masalah pendawaian elektrik.
Mengulas lanjut, Mahadon berkata, keputusan Mahkamah Rayuan itu membolehkan MPBP menyampaikan notis bertarikh 9 Jun lalu kepada 63 pemborong sayur dan 39 pemborong ikan berpindah segera.
“Bagaimanapun, tiada tindakan diambil oleh pemborong terbabit untuk berpindah ke Pasar Borong Kota Murni seperti yang diarahkan. Maka, MPBP akan menguatkuasakan perpindahan tersebut mulai Jumaat ini.
“Bagi 239 peniaga runcit di pasar awam itu pula, notis dikeluarkan pada Isnin lalu yang menyatakan mereka perlu berpindah ke pasar sementara yang siap disediakan berdekatan pasar sedia ada sebelum 21 Julai ini, iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri untuk memudahkan orang ramai membeli barang ke­perluan menjelang perayaan nanti,” katanya.

‪#‎MetropolisBP‬ ‪#‎BP‬ ‪#‎BatuPahat‬ ‪#‎Penggaram‬ ‪#‎PasarBP‬ ‪#‎TinggalKenangan‬

Sumber daripada ~ http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/pasar-awam-batu-pahat-dibangun-semula-1.109097
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...