Showing posts with label MDYP. Show all posts
Showing posts with label MDYP. Show all posts
Saturday, July 4, 2020
Senarai Mukim - Mukim Di Dalam Daerah Batu Pahat...
Daerah Batu Pahat merupakan sebuah daerah yang terletak di dalam negeri Johor.
Pusat urbanisasi utama & pusat pentadbiran daerah ini terletak di pusat bandaraya Batu Pahat atau lebih dikenali sebagai Penggaram bagi penduduk setempat dan warga daerah ini. Penggaram terletak di Mukim 5 Simpang Kanan. Mukim 5 Simpang Kanan merupakan mukim yang terpadat & teramai populasi di dalam daerah ini.
Pada ketika posting blog ini ditaip... daerah Batu Pahat terbahagi kepada 4 kawasan parlimen iaitu Batu Pahat, Sri Gading, Ayer Hitam & Parit Sulong manakala kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula terbahagi kepada 9 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Penggaram, Rengit, Senggarang, Parit Raja, Semarang, Yong Peng, Parit Yaani, Semerah & Sri Medan.
Dari segi pentadbiran tanah... daerah ini ditadbir oleh Pejabat Daerah Batu Pahat. Di kawasan selatan daerah ini... terdapat satu pejabat tanah yang membantu melancarkan urusan pentadbiran tanah daerah di bahagian selatan daerah ini yang dibantu tadbir oleh Pejabat Tanah & Daerah Kecil (PTDK) Rengit. Pejabat Tanah & Daerah Kecil (PTDK) Rengit membantu tadbir urusan tanah yang melibatkan dua mukim di bahagian selatan daerah ini iaitu Mukim 12 Sungai Kluang dan Mukim 11 Sungai Punggur.
Daerah Batu Pahat terbahagi kepada dua pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) atau sebelum ini dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat Barat (MDBPB) dan satu lagi ialah Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) atau sebelum ini dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat Timur (MDBPT).
Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa perancangan beberapa tahun mendatang untuk mempersiapkan diri menaiktaraf pihak berkuasa tempatan (PBT) ini yang mana Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) akan dinaitaraf menjadi Majlis Bandaraya Batu Pahat (MBBP) dan Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) pula akan dinaiktaraf menjadi Majlis Perbandaran Yong Peng (MPYP). Terdapat khabar angin bahawa terdapat cadangan untuk mewujudkan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang baru yang terletak di selatan daerah ini iaitu Rengit yang akan dipisahkan pentadbiran daripada Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dengan mentadbir dua mukim iaitu Mukim 12 Sungai Kluang dan Mukim 11 Sungai Punggur. Khabar angin cadangan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang baru yang hendak diwujudkan itu di daerah ini berkemungkinan diberi nama Pihak Berkuasa Tempatan Rengit (PBTR) atau mungkin Majlis Daerah Rengit (MDR).
Berikut merupakan senarai mukim - mukim yang terletak di bawah pentadbiran daerah Batu Pahat.
~ Mukim 1 Lubok.
~ Mukim 2 Bagan.
~ Mukim 3 Peserai.
~ Mukim 4 Simpang Kiri.
~ Mukim 5Simpang Kanan.
~ Mukim 6 Linau.
~ Mukim 7 Tanjung Semberong.
~ Mukim 8 Sri Gading.
~ Mukim 9 Minyak Beku.
~ Mukim 10 Kampung Baharu.
~ Mukim 11 Sungai Punggur.
~ Mukim 12 Sungai Kluang.
~ Mukim 13 Chaah Baharu.
~ Mukim 14 Sri Medan.
Bandaraya Batu Pahat atau Penggaram mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat berbanding kawasan lain di daerah ini sejajar dengan peranannya sebagai pusat urbanisasi, ekonomi utama dan pentadbiran di daerah ini. Pertumbuhan ekonomi yang pesat juga mendorong pertumbuhan populasi yang juga pesat. Kini... Penggaram ialah bandar kedua terbesar di negeri Johor selepas Johor Bahru (Tanjung Puteri). Sebelum ini... bandar kedua terbesar di negeri Johor ialah Muar (Maharani) tetapi Penggaram telah melepasi Maharani sebagai bandar kedua terbesar di negeri Johor selepas Tanjung Puteri. Bahkan Kluang (Mengkibol) juga sudah melepas Maharani sebagai bandar ketiga terbesar di negeri Johor.
Subscribe to:
Posts (Atom)

