Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Thursday, October 1, 2020

Stadium Bolasepak Persatuan Bolasepak Daerah Batu Pahat (BPFA)?...





Liga & pertandingan bolasepak tempatan di Malaysia lazimnya disertai oleh persatuan bolasepak negeri dan kelab-kelab bolasepak yang dikenali.

Namun begitu... itu tidak bermakna tiada persatuan bolasepak di peringkat daerah. Daerah Batu Pahat juga mempunyai persatuan bolasepak daerah iaitu Persatuan Bolasepak Daerah Batu Pahat (Batu Pahat Football Association, BPFA).

Nama BPFA mungkin tidak tidak dikenali di pentas bolasepak kebangsaan kerana BPFA hanya menyertai liga dan pertandingan bolasepak yang dianjurkan di peringkat negeri Johor sahaja. Kebanyakkan pasukan lawan yang menentang dengan BPFA ialah persatuan-persatuan bolasepak daerah di negeri Johor. Bahkan BPFA juga tidak pernah menyertai liga bolasepak Malaysia divisyen 3 iaitu Liga FAM.

Di Malaysia... boleh dikatakan hampir semua persatuan bolasepak termasuk persatuan bolasepak negeri tidak mempunyai stadium sendiri kerana kebanyakkan stadium disewa daripada perbadanan stadium di kawasan masing-masing. Hal serupa juga terjadi kepada BPFA memandangkan BPFA hanyalah sekadar persatuan bolasepak peringkat daerah sahaja.

Stadium Batu Pahat yang terletak berhampiran dengan Jalan Pejabat Batu Pahat pula lebih bersifat padang terbuka (open-field) sehinggakan ada segelintir warga tempatan daerah Batu Pahat merasakan bahawa stadium Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang terletak di Parit Raja jauh lebih baik keadaan stadiumnya berbanding Stadium Batu Pahat.

Mungkin sudah tiba masanya untuk BPFA mempunyai stadium bolasepak sendiri dan sekaligus membawa BPFA ke era baru bolasepak di daerah ini. Stadium bolasepak itu tidak perlu terlalu besar... cukuplah sebuah stadium mini yang bersesuaian dengan ratio populasi daerah ini.

Pengarang blog ini berharap perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#MetropolisBP #BP #BatuPahat #Penggaram #BJ #BentaraJohor #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...