Secara ringkasnya... Daerah Kecil Rengit merupakan sebuah daerah kecil yang terletak di dalam daerah Batu Pahat, negeri Johor dan negara persekutuan Malaysia. Daerah kecil ini terletak di bahagian selatan daerah Batu Pahat dan menjadi pintu masuk dari arah selatan (Daerah Pontian) dan timur (Daerah Kluang). Daerah kecil ini mempunyai dua mukim di bawah pentadbirannya iaitu Mukim 12 Sungai Kluang dan Mukim 11 Sungai Punggur.
Anda warga Rengit (Mukim 12 Sungai Kluang & Mukim 11 Sungai Punggur) yang menetap / bekerja / belajar di sini atau mempunyai sebarang kaitan dengan kawasan ini? Atau anda mempunyai minat untuk mengetahui perkembangan pembangunan atau apa jua maklumat berkaitan kawasan ini serta warganya? Kami mengalukan anda untuk melawat laman sesawang blog kami untuk bermacam maklumat tentang Rengit dan warganya. Mohon klik pautan di bawah ini...
Pautan 1...
~ https://thisisrengit.blogspot.com/?m=0
~ https://sungaikluang.blogspot.com/?m=0