Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... negeri Johor hanya mempunyai 2 terminal pengangkutan awam darat bertaraf "sentral" iaitu Larkin Sentral dan JB Sentral.
Sebagai sebuah bandar kedua terbesar di negeri Johor selepas Johor Bahru... pada pandangan pengarang blog ini... Batu Pahat mempunyai potensi untuk wujudnya sebuahnya terminal pengangkutan awam darat bertaraf "sentral" atau menaiktaraf terminal pengangkutan awam darat sedia ada di bandar Batu Pahat (Penggaram) kepada sebuah terminal pengangkutan awam darat bertaraf "sentral" yang diberi nama "BP Sentral".
Pengertian sentral di sini bukan sahaja sebagai suatu terminal pengangkutan awam darat yang lebih besar dan moden tetapi juga bilangan laluan pengangkutan awam darat seperti bas dipertingkatan dan dikerapkan.
Cadangan "BP Sentral" ini dapat merancakkan ekonomi setempat, menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di kalangan warga daerah Batu Pahat ini.
Moga perkara ini menjadi sesuatu yang nyata di masa akan datang.
#MetropolisBP #BP #BatuPahat #Penggaram #BJ #BentaraJohor #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI